ad
PBT

MPKS kumpul lebih 460 kg makanan bazar Ramadan, agih kepada golongan memerlukan

4 Apr 2024, 4:00 AM
MPKS kumpul lebih 460 kg makanan bazar Ramadan, agih kepada golongan memerlukan
MPKS kumpul lebih 460 kg makanan bazar Ramadan, agih kepada golongan memerlukan

SHAH ALAM, 4 APR: Sebanyak 464.82 kg lebihan makanan berjaya dikumpul di bazar Ramadan sekitar Kuala Selangor setakat lima hari program MySave Food@Bazar Ramadan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan makanan diagih ke beberapa kawasan sekitar termasuk rumah kebajikan, institusi pendidikan dan masjid.

“Program ini bertujuan mengelak pembaziran makanan dan mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan.

“Peniaga digalakkan untuk menyumbangkan baki makanan yang tidak terjual untuk disumbang kepada mereka yang lebih memerlukan seperti di rumah kebajikan,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_636282" align="aligncenter" width="803"] Sukarelawan MySave Food@Bazar Ramadan mengumpul lebihan makanan di bazar Ramadan Jalan K/P 1, Tanjong Karang pada 29 Mac 2024. Foto Facebook MPKS[/caption]

Menurut MPKS, kutipan yang dilaksana pada 27, 29 Mac, 1 hingga 3 April bakal diteruskan pada 5 dan 8 April ini.

“Pada 5 dan 8 April kutipan masing-masing akan dibuat di bazar Ramadan hadapan IADA Kuala Selangor dan bazar Ramadan hadapan Lotus Kuala Selangor,” katanya.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program MySave Food@Bazar Ramadan yang dirintis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan diperluas ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengumpulkan lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.