AGENDA

Lebih 10 juta daftar Padu, pengesahan sistem dikeluar April ini

1 Apr 2024, 12:26 AM
Lebih 10 juta daftar Padu, pengesahan sistem dikeluar April ini
Lebih 10 juta daftar Padu, pengesahan sistem dikeluar April ini

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Analisa data dan pengesahan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dijangka dapat dikeluarkan pertengahan April ini, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Dalam kenyataan di X, beliau berkata proses untuk pengemaskinian sistem Padu telah berakhir 11.59 malam tadi.

Pendaftaran dan kemas kini sistem Padu dilancarkan sejak 2 Januari lalu dan ditutup jam 11.59 malam, 31 Mac.

[caption id="attachment_635470" align="alignleft" width="500"] Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ditemui pemberita selepas melawat kaunter pendaftaran Padu di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Banting pada 29 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengikut kenyataan itu, bagi mereka yang belum berkesempatan mendaftar pada tarikh tutup, maka data pentadbiran yang diterima daripada pelbagai agensi akan digunakan dahulu dalam proses penganalisaan yang dilaksanakan, lapor Berita Harian.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, 10.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftar Padu yang mana jumlah itu merangkumi 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Antara negeri tertinggi jumlah pendaftaran Padu ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan melepasi sasaran 50 peratus.

Dr Uzir ketika lawatan di Seksyen 22 Petaling Jaya semalam berkata, sejak sistem Padu dilancarkan 2 Januari lalu, sistem berkenaan terus berfungsi tanpa gangguan atau downtime biarpun berdepan aliran trafik pendaftaran tinggi.

Katanya, data yang disimpan dalam sistem Padu akan memudahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi yang sesuai dengan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619