AGENDA

Strok haba: Satu kes kematian lelaki di Pahang

25 Mac 2024, 6:35 AM
Strok haba: Satu kes kematian lelaki di Pahang

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kes kematian itu berlaku di Maran, Pahang pada 2 Februari lalu.

“Kita bersyukur kita belum berada pada tahap ketiga iaitu gelombang haba ekstrem, namun ini boleh berlaku bila-bila masa jika kita lihat bahawa perubahan iklim dan berlakunya penipisan lapisan ozon menyebabkan negara kita tidak terlepas daripada cuaca panas ekstrem.

“Mudah-mudahan kita berusaha dengan cara yang baik termasuk pembenihan awan yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia di beberapa kawasan tertentu,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menjawab celahan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai kos pembenihan awan, Ahmad Zahid berkata setiap operasi berkenaan menelan belanja kurang RM100,000 dan ia bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin yang sesuai.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619