AGENDA

Imigresen serbu apartment di Kepong, tahan 59 warga asing

23 Mac 2024, 2:30 AM
Imigresen serbu apartment di Kepong, tahan 59 warga asing

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Seramai 59 pendatang tanpa izin termasuk 22 wanita ditahan dalam ‘Ops Sapu’ yang dilaksanakan Jabatan Imigresen ke atas 22 unit kediaman di sebuah apartment di Kepong, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata kesemua warga asing yang diberkas itu terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, India dan Nepal, ditahan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Penahanan semua pendatang tanpa izin itu adalah hasil risikan selama dua minggu berdasarkan aduan penduduk setempat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi berkenaan di sini.

Wan Mohammed Saupee berkata sebanyak 25 saman turut dikeluarkan kepada pemilik premis kerana disyaki melindungi dan membenarkan pendatang tanpa izin menyewa.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat segelintir daripada tahanan didapati menjalankan kegiatan menjual barang jenama tiruan berupa jersi secara dalam talian.

“Kita akan maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619