Imigresen tahan 7,043 pendatang tanpa izin, lapan negara catat tangkapan tertinggi

24 Feb 2026, 1:12 AM
Imigresen tahan 7,043 pendatang tanpa izin, lapan negara catat tangkapan tertinggi

PUTRAJAYA, 24 FEB: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 7,043 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara yang melanggar akta dan peraturan imigresen bagi tempoh antara 1 Jan hingga 19 Feb lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata bagi tempoh itu, lapan negara mencatat jumlah tangkapan tertinggi, iaitu Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata secara keseluruhan, JIM melalui Bahagian Penguatkuasaan melaksanakan 1,855 operasi dengan 30,177 individu telah diperiksa.

“JIM terus komited memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen negara melalui pelaksanaan operasi yang lebih tegas, menyeluruh dan berfokus terhadap warga asing yang melanggar akta dan peraturan imigresen,” katanya.

Berdasarkan jumlah tangkapan itu, Lokman Effendi berkata kesalahan tertinggi direkodkan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu berada di Malaysia tanpa pas atau dokumen perjalanan yang sah melibatkan 4,804 kes.

Sebanyak 1,250 kes direkodkan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, 806 kes di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, manakala 183 kes lagi melibatkan kesalahan lain.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara konsisten dan berfokus tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang imigresen,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619