AGENDA

Raja Muda berkenan sertai tazkirah, iftar jamaei di Masjid Istana Diraja

22 Mac 2024, 12:58 PM
Raja Muda berkenan sertai tazkirah, iftar jamaei di Masjid Istana Diraja
Raja Muda berkenan sertai tazkirah, iftar jamaei di Masjid Istana Diraja

KLANG, 22 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli ke program Tazkirah dan Iftar Jamaei 2024 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor itu turut dihadiri kira-kira 250 wakil badan korporat, pihak berkuasa tempatan (PBT), penaja serta rakan kerjasama kedua-dua badan itu.

Pada program itu Tengku Amir Shah berkenan mendengar tazkirah bertajuk Humanity Over Religion, Or? (Kemanusiaan Berbanding Agama, Atau?) yang disampaikan penceramah Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.

[caption id="attachment_634375" align="aligncenter" width="821"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan cenderahati kepada penceramah Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah sempena program Tazkirah dan Iftar Jamaei anjuran bersama Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 22 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Tengku Amir kemudiannya berkenan mencemar duli ke Majlis Iftar Jamaei di Dewan Santapan dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah.

Sementara itu Eksekutif Kanan Khidmat Masyarakat SAY Mohamad Nor Imran Mat Shah berkata program itu bagi menghargai mereka yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua entiti itu dalam melaksanakan pelbagai program.

“Selain perkongsian ilmu program ini juga sebagai penghargaan kepada tetamu serta rakan kerjasama yang tidak jemu membantu menjayakan pelbagai program termasuk aktiviti bersama komuniti yang dianjurkan SAY serta Yayasan Raja Muda Selangor,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619