BERITA UTAMA

MBSA kumpul, agih lebihan makanan bazar Ramadan kepada penduduk

19 Mac 2024, 2:30 PM
MBSA kumpul, agih lebihan makanan bazar Ramadan kepada penduduk
MBSA kumpul, agih lebihan makanan bazar Ramadan kepada penduduk

SHAH ALAM, 19 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif mengumpul lebihan makanan bazar Ramadan dekat sini untuk diagih kepada penduduk.

Menerusi Facebook, MBSA memaklumkan pihaknya berjaya menyelamatkan 1,425.9 kilogram makanan setakat tiga hari program MBSA MySave Food @ Bazar Ramadan.

"Peniaga bazar yang terlibat boleh menghantar makanan yang tidak habis dijual dan masih elok ke khemah MBSA MySave Food dan sukarelawan kami sedia membantu.

"Makanan yang diterima akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan selepas waktu berbuka puasa," katanya.

[caption id="attachment_633861" align="alignnone" width="959"] Penduduk mengambil lebihan makanan bazar Ramadan yang dikumpul Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Mac 2024. Foto Facebook MBSA[/caption]

Menurutnya, lokasi program bertempat di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19.

MBSA juga menasihatkan peniaga merancang dengan baik kuantiti juadah yang disedia bagi mengurangkan lambakan makanan yang tidak habis dijual.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619