PBT

MPHS sedia tong roro, mudahkan orang ramai buang sampah pukal

19 Mac 2024, 1:30 PM
MPHS sedia tong roro, mudahkan orang ramai buang sampah pukal

SHAH ALAM, 19 MAC: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan tong 'Roll On Roll Off' (roro) secara percuma bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena Aidilfitri.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tong roro berkapasiti tiga tan disediakan sejak semalam hingga 6 April di lokasi terpilih seluruh daerah.

“Tong roro tersebut juga akan ditarik lebih awal dari tempoh ditetapkan sekiranya didapati telah penuh. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma selama lapan hari di setiap kawasan.

“MPHS berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong roro yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan,” katanya menerusi Facebook.

MPHS menambah antara sampah pukal yang dibenarkan adalah perabot lama, barangan elektrik dan tilam selain melarang masyarakat membuang sisa domestik ke dalam tong berkenaan.

“Jadual penyediaan tong roro boleh disemak menerusi Facebook MPHS dan hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1050 untuk sebarang pertanyaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619