PBT

MPHS serah geran komuniti mampan kepada 39 penerima

17 Jul 2025, 12:51 AM
MPHS serah geran komuniti mampan kepada 39 penerima

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KoM) kepada 39 penerima yang berjaya daripada 87 pemohon, semalam.

Dengan peruntukan keseluruhan RM120,000, MPHS memaklumkan bahawa setiap penerima memperoleh geran berjumlah antara RM1,600 hingga RM3,500.

“Geran ini merupakan inisiatif tahunan MPHS bagi menyokong usaha komuniti tempatan melaksanakan projek berimpak ke arah kemampanan bandar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Geran ini dibuka kepada empat kategori utama iaitu komuniti, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan keagamaan, dengan tumpuan kepada bidang teknologi hijau, alam sekitar dan sosial,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, majlis penyerahan geran disempurnakan Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin dan turut dihadiri Orang Besar Hulu Selangor Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa dan Pengarah Jabatan Perbendaharaan Shaiful Rizza Piamin.

Dalam majlis sama, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman daripada penerima G-KoM sebagai motivasi kepada komuniti yang bercita-cita untuk melaksanakan projek mampan.

“MPHS terus komited dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pendekatan lestari dan berimpak tinggi, seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan persekutuan ke arah pembentukan bandar rendah karbon yang mampan,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619