AGENDA

Hutan 0.8 hektar terbakar di Bukit Broga

17 Mac 2024, 2:43 PM
Hutan 0.8 hektar terbakar di Bukit Broga

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar) di Bukit Broga, Semenyih dekat sini terbakar malam ini dan kerja memadam kebakaran kini sedang giat dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata laporan kejadian diterima jam 7.39 malam tadi sebelum sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.

“Usaha mengawal kebakaran daripada merebak melibatkan kawasan hutan di puncak Bukit Borga sedang giat dijalankan. Punca kejadian belum dapat dipastikan buat masa ini dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619