AGENDA

Kebakaran hutan Bukit Broga padam sepenuhnya awal pagi ini

18 Mac 2024, 12:54 AM
Kebakaran hutan Bukit Broga padam sepenuhnya awal pagi ini

SHAH ALAM, 18 MAC: Kebakaran kawasan hutan dianggarkan berkeluasan lima ekar (dua hektar) di Bukit Broga, Semenyih, sejak malam tadi dipadam sepenuhnya awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata operasi ditamatkan jam 3.30 pagi dengan kekuatan 28 anggota, lapor Berita Harian.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa antara 30 ke 45 minit untuk memanjat ke puncak bukit berikutan tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran.

"Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit.

Pemadaman dibuat menggunakan kaedah pukul api (fire beater) berikutan tiada sumber air," katanya.

Laporan kejadian diterima jam 7.39 malam tadi sebelum sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.

Punca kejadian belum dapat dipastikan dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619