BERITA UTAMA

Festival Ramadan Selangor sasar dua juta pengunjung, bantu usahawan jana pendapatan

12 Mac 2024, 10:03 AM
Festival Ramadan Selangor sasar dua juta pengunjung, bantu usahawan jana pendapatan
Festival Ramadan Selangor sasar dua juta pengunjung, bantu usahawan jana pendapatan
Festival Ramadan Selangor sasar dua juta pengunjung, bantu usahawan jana pendapatan

SHAH ALAM, 12 MAC: Festival Ramadan Selangor 2024 (Sedekad Festira) anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) diadakan di lima lokasi tahun ini melibatkan kira-kira 1,200 usahawan termasuk golongan artis.

Festival berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, SACC Mall serta dua lokasi baharu, Plaza Alam Sentral dan SACC Walk dari 22 Februari hingga 9 April ini, kata EXCO keusahawan.

Najwan Halimi berkata memasuki sedekad penganjuran, Festira menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung sepanjang 48 hari diadakan.

“Artis tanah air turut berniaga kali ini antaranya Datuk Afdlin Shauki, Ako Mustapha, Tyzo Xynder dan Hijjaz yang menjual pakaian serta keperluan raya lain.

[caption id="attachment_632700" align="aligncenter" width="952"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan
Najwan Halimi berucap pada majlis perasmian Festival Ramadan Selangor 2024 (Sedekad Festira) di SACC Mall, Shah Alam pada 12 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Festira merupakan inisiatif negeri membantu usahawan menjana pendapatan sepanjang Ramadan dan kali ini jangkaan nilai transaksi antara RM500,000 hingga RM1 juta diterima peniaga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festira di sini hari ini.

Najwan berkata beberapa artis tempatan juga bakal membuat persembahan antaranya Haiza, Elyana, Ezlynn, Najwa Latiff, Dafi, Amylea serta Syura bertujuan menarik lebih ramai pengunjung.

“Penganjur turut adakan program agihan bubur lambuk Kampung Baru secara percuma, solat tarawih berjemaah selain menyediakan kaunter bayaran zakat,” katanya.

Tahun lalu, festival bertemakan ‘Festira-Ya!’ menerima lebih dua juta pengunjung dengan penyertaan kira-kira 1,000 usahawan.

Festival tahun ini menyaksikan PREC sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan MBSB Bank Sdn Bhd dan PayNet bagi memacu perniagaan tanpa tunai serta memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain memanfaatkan peniaga, kerjasama itu juga bakal memperluas penggunaan produk digital melalui platform bayaran runcit masa nyata (RPP) yang diuruskan PayNet.

[caption id="attachment_632701" align="aligncenter" width="802"] Shayana Ramli (kiri) bersama rakan Amirah Balqis Mohd Sazali (tengah) dan Nur Syafiqah Mohamed Ismail melihat baju raya pada majlis perasmian Festival Ramadan Selangor 2024 (Sedekad Festira) di SACC Mall, Shah Alam pada 12 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619