BERITA UTAMA

Terima pelaburan RM55.3 bilion, Selangor tawar 30,000 peluang kerja

11 Mac 2024, 12:30 AM
Terima pelaburan RM55.3 bilion, Selangor tawar 30,000 peluang kerja
Terima pelaburan RM55.3 bilion, Selangor tawar 30,000 peluang kerja

KUALA SELANGOR, 11 MAC: Pelaburan direkodkan Selangor berjumlah RM55.3 bilion sepanjang tahun lalu mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baharu pelbagai sektor.

Dato’ Menteri Besar berkata meskipun berdepan penularan Covid-19 serta banjir besar, negeri masih mampu membina atau menyediakan tawaran kerja sekali gus memenuhi kehendak pasaran.

Berikutan itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya giat menyediakan program atau institusi berkait latihan teknikal dan vokasional (TVET), sesuai dengan keperluan ketika ini.

“Contohannya mewujudkan STDC (Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor). Kita tumpu cara memperhebat TVET untuk persediaan menjadi negeri maju dan mampu tampung keperluan setempat dan modal insan.

“Institusi ini wajar diwujudkan dan diperhebat dengan pelbagai strategik termasuk kemahiran untuk keperluan negara dan negeri,” katanya berucap pada majlis penutup Pertandingan Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 di sini semalam.

[caption id="attachment_632470" align="alignnone" width="752"] Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dinobatkan juara Pertandingan Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 kategori institusi pengajian tinggi menjulang piala disampaikan Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 10 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

STDC yang dijenamakan daripada Kolej Antarabangsa INPENS pada Ogos 2020 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merencana Agenda Pendidikan Unggul bawah strategi Belanjawan 2020.

Minggu lalu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mengumumkan pelaburan direkodkan Selangor tahun lalu sebanyak RM55.3 bilion, melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan.

Data agensi turut menunjukkan projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan daripada RM19.3 bilion pada tahun lalu berbanding RM12.2 bilion pada 2022.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619