AGENDA

Hampir 9,500 pesakit baharu buah pinggang kronik perlu dialisis tiap tahun

9 Mac 2024, 5:31 AM
Hampir 9,500 pesakit baharu buah pinggang kronik perlu dialisis tiap tahun

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) direkodkan semakin meningkat dengan hampir 9,500 pesakit baharu didaftarkan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata setakat ini, kira-kira 4.7 juta individu mengalami CKD dan angka berkenaan membimbangkan.

“Bagi mengatasinya, pelbagai langkah penjagaan kesihatan komprehensif diperlukan termasuk strategi yang melibatkan pencegahan, pengesanan awal, pengurusan faktor risiko yang berkesan serta rawatan yang bertepatan.

“Pada masa ini, terdapat banyak kemajuan dalam perawatan perubatan yang mampu mengawal penyakit kronik serta mengelakkan komplikasi memudaratkan. Bagi penjagaan CKD, kita (Kementerian Kesihatan) menyediakan rawatan yang bertepatan dan bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Lukanisman berkata usaha membanteras semua bentuk punca masalah buah pinggang terutamanya diabetes dan pelbagai penyakit tidak berjangkit juga memerlukan pendekatan yang mampan daripada semua pihak termasuk kerajaan, swasta, industri dan rakyat.

“KKM (Kementerian Kesihatan) sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan kesihatan yang optimum dan berkualiti,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619