AGENDA

Dalam proses pemulihan, beri ruang kerajaan naikkan ringgit

7 Mac 2024, 11:30 AM
Dalam proses pemulihan, beri ruang kerajaan naikkan ringgit

SHAH ALAM, 7 MAC: Kerajaan persekutuan masih dalam proses pemulihan bagi menaikkan nilai ringgit selain mengurangkan kadar inflasi.

Justeru Ahli Parlimen Gombak Dato' Seri Amirudin Shari meminta pihak pembangkang memberi ruang kepada Putrajaya menangani isu tersebut.

"Dua taklimat yang saya hadiri dengan institusi perbankan, secara konsisten institusi tersebut menganggarkan ringgit boleh cecah pada angka sekitar 4.4 hingga 4.2 pada akhir tahun ini.

"Negara dalam proses pemulihan dan belum sebetul-betulnya lengkap dan dipulihkan," katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Tambah Dato' Menteri Besar, kerajaan juga berjaya mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus yang disifatkan masih lagi rendah.

"Hari ini ringgit telah turun kepada US$1 bersamaan RM4.70.

"Kita juga berjaya mengurangkan kadar inflasi sebagai mana pengumuman oleh menteri ekonomi," katanya.

Amirudin menjelaskan kadar inflasi pada 2022 adalah lima dan hingga peratus, sedangkan hari ini kadarnya di bawah dua hingga tiga peratus.

"Ini merupakan satu pencapaian di samping kita usaha meningkatkan ringgit," katanya lagi.

Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada mesyuaratnya hari ini.

Mengenai inflasi, bank pusat itu berkata kedua-dua inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada 1.5 peratus dan 1.8 peratus pada Januari 2024, selari dengan jangkaan.

Bagi ringgit pula, BNM berkata walaupun asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia adalah baik, ringgit pada masa ini berada di bawah nilai saksama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619