AGENDA

Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025

21 Feb 2025, 7:40 AM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi pada Januari 2025 didorong oleh peningkatan dalam kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan (3.5 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial, pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.3 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.8 peratus) serta pendidikan (1.6 peratus).

“Selain itu, kumpulan kesihatan (1.2 peratus), pengangkutan (0.9 peratus), minuman alkohol dan tembakau (0.9 peratus), insurans dan perkhidmatan kewangan (0.6 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.5 peratus) menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding Disember 2024," katanya.

Beliau berkata, inflasi bagi maklumat dan komunikasi menyusut kepada -5.3 peratus pada Januari 2025 (Disember 2024: -5.4 peratus) berikutan penurunan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada -5.9 peratus (Disember 2024: -6.4 peratus).

[caption id="attachment_632590" align="alignleft" width="415"] Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto BERNAMA[/caption]

“Pakaian dan kasut kekal pada jajaran negatif iaitu -0.3 peratus (Disember 2024: -0.5 peratus).

“Manakala, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, makanan dan minuman masing-masing merekodkan peningkatan perlahan 2.8 peratus dan 2.5 peratus berbanding 3.2 peratus dan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya.

Mohd Uzir berkata purata harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM3.06 seliter berbanding RM2.15 seliter pada Januari 2024 (Disember 2024: RM2.95).

Bagaimanapun, purata harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Mengenai inflasi di peringkat negeri, katanya, kebanyakan negeri merekodkan inflasi di bawah paras inflasi nasional iaitu 1.7 peratus.

Namun, inflasi bagi empat negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.4 peratus), Selangor (2.0 peratus), Johor (1.9 peratus) dan Pahang (1.9 peratus).

Berbanding inflasi dengan beberapa negara terpilih, Mohd Uzir berkata inflasi di Malaysia (1.7 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (3.6 peratus), Filipina (2.9 peratus) dan Korea Selatan (2.2 peratus).

“Bagaimanapun, kadar inflasi Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand (1.3 peratus), Indonesia (0.8 peratus) dan China (0.5 peratus),” katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619