AGENDA

Operasi rokok: KKM keluar 214 notis babit kompaun lebih RM54,000

7 Mac 2024, 12:00 AM
Operasi rokok: KKM keluar 214 notis babit kompaun lebih RM54,000

CYBERJAYA, 7 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 214 notis kesalahan di bawah Seksyen 32(b) Akta Makanan 1983 dengan anggaran kompaun bernilai RM54,050 menerusi Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bertema "Ops Tempat Makan" yang diadakan dua hari sejak kelmarin

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata daripada jumlah notis yang dikeluarkan sebanyak 110 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di premis makan, 48 di kawasan kompleks membeli belah dan 20 di kawasan lapangan terbang.

Katanya 29 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan lima notis kerana gagal memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

"Satu notis dikeluarkan atas kesalahan merokok oleh orang belum dewasa dan satu notis kerana gagal mempamerkan tanda larangan menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa,”katanya kepada media selepas operasi berkenaan di sekitar Cyberjaya di sini hari ini.

Katanya sebanyak 16,046 operasi di bawah PPKHT 2004 dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun lepas manakala 1,568 operasi dijalankan tahun ini sejak Januari lepas.

Beliau berkata setakat tahun ini lima negeri paling tinggi mencatatkan notis kesalahan merokok di premis makan adalah Selangor iaitu 750 notis, Johor (743), Pulau Pinang (595), Sarawak (586) dan Pahang dengan 519 notis.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619