AGENDA

Helikopter Maritim Malaysia terhempas, empat penumpang termasuk juruterbang terselamat

5 Mac 2024, 3:56 AM
Helikopter Maritim Malaysia terhempas, empat penumpang termasuk juruterbang terselamat
Helikopter Maritim Malaysia terhempas, empat penumpang termasuk juruterbang terselamat

SHAH ALAM, 5 MAC: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata helikopter dengan nombor pendaftaran M72-01 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 9.10 pagi untuk latihan penerbangan.

Beliau berkata hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 9.20 pagi namun tiada panggilan kecemasan diterima.

[caption id="attachment_631520" align="aligncenter" width="899"] Empat anggota, pegawai Maritim Malaysia terselamat selepas helikopter jenis Agustawestlan AW139 terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor pada 10 pagi, 5 Mac 2024. Foto Facebook BERNAMA TV[/caption]

Menurutnya Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi helikopter.

"Terdapat empat penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

"Semua mangsa diselamatkan dengan helikopter penyelamat dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 10.58 pagi," katanya.

Menurutnya siasatan dijalankan Lembaga Siasatan Maritim Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619