AGENDA

Bangkai helikopter dijangka dibawa keluar petang ini

5 Mac 2024, 9:13 AM
Bangkai helikopter dijangka dibawa keluar petang ini
Bangkai helikopter dijangka dibawa keluar petang ini

KUALA SELANGOR, 5 MAC: Bangkai helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa di sini pagi tadi dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian lewat petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.

"Saya sudah ke lokasi kejadian dan kita menugaskan lapan anggota polis membantu APMM membuat kawalan keselamatan di lokasi.

[caption id="attachment_631597" align="alignleft" width="500"] Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin (dua, kanan) ketika ditemui di Jeti Pasir Penambang selepas meninjau lokasi insiden helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, pada 5 Mac 2024. Foto BERNAMA[/caption]

“Kawalan keselamatan dibuat bertujuan mencegah orang awam menghampiri lokasi kerana bangkai pesawat masih berada di sana dan di lokasi juga terdapat tumpahan minyak," katanya ditemui di Jeti Pasir Penambang selepas meninjau lokasi insiden.

Terdahulu, APMM mengesahkan helikopter jenis AW139 milik agensi itu melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619