BERITA UTAMA

Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan

3 Mac 2024, 8:00 AM
Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan
Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan
Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan
Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan

SHAH ALAM, 3 MAC: Kerajaan Negeri bakal membuka pusat lelongan produk pertanian di Sijangkang, Kuala Langat menjelang Mei depan.

EXCO Pertanian r Izham Hashim berkata pusat seluas dua ekar yang mengumpulkan pelbagai hasil tanaman kini dalam proses pengubahsuaian.

[caption id="attachment_631302" align="aligncenter" width="754"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berucap ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Inisiatif ini terinspirasi selepas kita melawat ke Korea dan Jepun. Mereka mengumpulkan semua hasil tanaman di satu pusat yang boleh dibeli oleh semua pengguna termasuk peniaga.

“Kita juga tidak mahu petani mengeluarkan hasil tetapi ia tidak berterusan sehingga bekalan terputus di pasaran. Menerusi pusat ini, petani akan terus membawa hasil tanaman untuk dijual kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu Ir Izham merasmikan Karnival Pertanian Madani Kota Raja di pekarangan Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) di sini.

[caption id="attachment_631304" align="aligncenter" width="781"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim menandatangani perasmian kedai murah Kohijrah ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau menambah, pusat lelongan berkenaan akan menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran selain produknya berkualiti tinggi dan segar.

“Pusat lelongan ini tidak terlalu besar tetapi masih membantu memudahkan peniaga-peniaga kedai makan yang mahu membelinya selain harga berpatutan,” katanya.

[caption id="attachment_631306" align="aligncenter" width="775"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau kedai Kohijrah ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619