BERITA UTAMA

EXCO: Tujuh empangan di Selangor stabil, paras air lebih 85 peratus

1 Mac 2024, 8:05 AM
EXCO: Tujuh empangan di Selangor stabil, paras air lebih 85 peratus

SHAH ALAM, 1 MAC: Paras air di tujuh empangan di Selangor berada pada tahap baik meski ketika ini negara berdepan cuaca panas.

EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim berkata kapasiti semua empangan air di negeri ini berada pada paras melebihi 85 peratus.

"Setakat ini tiada kritikal, tiga (empangan) berada pada paras 85 peratus manakala bakinya lebih 90 peratus. Tahap kritikal adalah paras bawah 70 peratus.

"Keadaan masih stabil dan hujan pun ada lagi tetapi kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana kita jangka fenomena El Nino hanya mula terasa suku kedua iaitu Jun tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Dewan Annex di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook melaporkan suhu panas tahap berjaga-jaga direkod di 21 kawasan di negara ini.

Kawasan terbabit adalah seluruh Perlis, Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang dan Baling, Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut, Pulau Pinang.

Lokasi lain adalah Kuala Kangsar (Perak); Petaling dan Sepang (Selangor); Kuala Lumpur; Beaufort (Sabah) dan Limbang (Sarawak).

Pokok Sena, Kedah pula merekodkan suhu panas gelombang haba iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619