BERITA UTAMA

Pameran udara sasar 25,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.3 bilion

26 Feb 2024, 10:17 AM
Pameran udara sasar 25,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.3 bilion
Pameran udara sasar 25,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.3 bilion

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

PETALING JAYA, 26 FEB: Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 diteruskan tahun ini dengan sasaran potensi nilai transaksi berjumlah RM1.3 bilion.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata program pada 12 hingga 14 September di Skypark RAC, Subang turut menyasar 25,000 pengunjung berbanding 19,217 tahun lalu.

“SAS 2024 akan membawakan pelbagai program dan aktiviti menarik termasuk menyediakan segmen baharu seperti teknologi angkasa lepas serta segmen cari dan menyelamat bagi nilai tambah pameran kepada pengunjung.

“Selain itu, pameran udara anjuran Invest Selangor ini juga akan disertai 45 negara antaranya Singapura, Korea, China dan Denmark,” katanya pada sidang media SAS 2024 di Hotel Sheraton di sini hari ini.

[caption id="attachment_602070" align="alignnone" width="851"] Orang ramai berpeluang bergambar bersama keluarga di hadapan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari dan Pengarah Kanan Bahagian Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkasa Selangor Darul Ehsan Jamie Haniff Ramlee.

Sze Han berkata pemain industri yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh hubungi e-mel Sekretariat SAS di enquiry@selangoraviationshow.com sebelum 31 Mei untuk menikmati 5 peratus diskaun awal.

Peserta pameran yang pernah menyertai pameran udara sebelum itu juga boleh menikmati potongan harga sebanyak 10 peratus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619