PBT

Acara e-sukan penjawat awam, pemilihan peserta pada 9 Mac di Kompleks Sukan MPKL

21 Feb 2024, 9:17 AM
Acara e-sukan penjawat awam, pemilihan peserta pada 9 Mac di Kompleks Sukan MPKL

SHAH ALAM, 21 FEB: Penjawat awam di negeri ini dipelawa menghadiri sesi pemilihan peserta e-sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selaku Pengerusi Sukan E-Sports Maksak Selangor memaklumkan sesi pemilihan diadakan pada 9 Mac ini, jam 8 pagi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

"Kategori dipertandingkan adalah Fifa24 (solo/pertempuran) dan PUBG Mobile (skuad). Semua penjawat awam yang berkhidmat di Selangor serta berminat dijemput menyertai sesi pemilihan pada hari berkenaan,” maklum MPKL menerusi Facebook.

Individu yang berminat boleh imbas kod QR pada poster di bawah sebelum 7 Mac ini dan sebarang pertanyaan lanjut diminta hubungi Farhan menerusi talian 011-18820676 atau Aswadi 010-7639322.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619