ad
AGENDA

Penuntut IPTA dikhuatiri lemas di air terjun Lata Hammer

20 Feb 2024, 2:38 AM
Penuntut IPTA dikhuatiri lemas di air terjun Lata Hammer

KUANTAN, 20 FEB: Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang ketika beriadah di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, didakwa hilang pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa dikatakan ke air terjun itu bersama tujuh rakan dan didakwa hilang ketika keadaan kelam-kabut disebabkan kejadian lemas melibatkan dua wanita.

“Bagaimanapun, dua wanita itu berjaya diselamatkan orang awam,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak hari kejadian masih diteruskan pada hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.