AGENDA

52 negara buat kenyataan di ICJ berhubung jenayah perang Israel

10 Feb 2024, 8:49 AM
52 negara buat kenyataan di ICJ berhubung jenayah perang Israel

ISTANBUL, 10 FEB: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan bahawa 52 negara, termasuk Turkiye dan tiga organisasi antarabangsa, akan membuat kenyataan masing-masing akan kesan undang-undang terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk al-Quds.

Media Turkiye memetik kenyataan oleh ICJ pada Sabtu yang mengesahkan bahawa agensi badan dunia itu akan mengadakan pendengaran awam dalam tempoh antara 19 dan 26 Feb untuk tujuan itu, lapor Agensi Berita Iraq (NINA).

Menurut ICJ, 52 negara termasuk Turkiye, Liga Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika, akan membuat kenyataan mereka semasa sesi itu, bermula dengan kenyataan Palestin pada 19 Feb dan berakhir dengan Kenyataan Maldives pada 26 Feb.

Bulan lepas, ICJ mengumumkan keputusan awalnya bagi kes yang dibawa oleh Afrika Selatan dalam rangka Konvensyen Genosid 1948.

Walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menggesa agar serangan terhadap Palestin dihentikan, Israel masih meneruskan serangannya ke atas Semenanjung Gaza, tanpa mengambil langkah untuk menamatkan tragedi kemanusiaan.

-BERNAMA-NINA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619