BERITA UTAMA

Tumpu tambah baik pengangkutan awam, perkasa khidmat van transit

8 Feb 2024, 2:30 AM
Tumpu tambah baik pengangkutan awam, perkasa khidmat van transit

SHAH ALAM, 8 FEB: Penambahbaikan sistem pengangkutan awam termasuk semakan terperinci laluan Bas Smart Selangor antara agenda utama pentadbiran negeri tahun ini, kata EXCO mobiliti.

Menurut Ng Sze Han, perkara lain yang diberi perhatian ialah memperkasa perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT), laluan pejalan kaki dan bas elektrik dalam bandar.

Jelasnya, ketetapan dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan Pemukiman Mobiliti Selangor 2024 yang berakhir semalam turut menyentuh penubuhan Selangor Mobility Lab.

“Penambahbaikan sistem pengangkutan awam atau Mobiliti Selangor ini dengan hasrat mempercepat transisi penggunaan kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam.

"Penubuhan makmal (pula) bagi perkongsian dan penganalisaan data dengan penglibatan semua agensi. Kita juga membincangkan pelan induk dan tindakan Mobiliti Selangor,” katanya di Facebook semalam.

Sze Han menambah penarafan Klang sebagai bandar raya keempat di Selangor melengkapkan jajaran Lembah Klang Raya, dengan separuh populasi menghuni kawasan terbabit.

Belanjawan 2024 memperuntuk RM2 juta bagi mewujudkan pentadbiran Lembah Klang Raya meliputi empat bandar raya iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang melalui penggubalan enakmen.

Selain memiliki industri utama, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesemua bandar itu juga berdepan isu sama seperti pengangkutan awam, pegangan tanah dan hal kebajikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619