AGENSI

Saipolyazan dilantik ketua pegawai eksekutif baharu MBI

8 Feb 2024, 12:51 AM
Saipolyazan dilantik ketua pegawai eksekutif baharu MBI

SHAH ALAM, 8 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengumumkan pelantikan Saipolyazan M Yusop sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu bermula hari ini.

Dalam kenyataannya pagi ini, MBI memaklumkan pelantikan berkenaan bagi menggantikan Norita Mohd Sidek yang bersara selepas menerajui pemerbadanan itu sejak 2020.

"Ahli lembaga pengarah, barisan pengurusan syarikat dan warga kerja MBI Selangor mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan atas komitmen, jasa dan bakti yang dicurahkan Norita.

"MBI Selangor mengalu-alukan kedatangan CEO baharu dan yakin kredibiliti serta pengalaman lebih 30 tahun merentasi pelbagai industri dan geografi meletakkan syarikat ke tahap lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, dalam majlis serah tugas semalam, Dato’ Menteri Besar yakin kepakaran dan kepimpinan dinamik Saipolyazan bakal menjadi nilai tambah kepada MBI dalam tahun mendatang.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut percaya kolaborasi dan sinergi MBI dengan Kerajaan Negeri dapat dipacu ke tahap terbaik demi merealisasi agenda pembangunan mampan Selangor.

Saipolyazan pernah menyandang jawatan penting antaranya di Petronas, Telekom Malaysia, Celcom Axiata Berhad dan sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Timur Tengah.

Beliau juga pernah dilantik sebagai CEO Lembaga Zakat Selangor dan Executive Jet Aviation Sdn Bhd, manakala jawatan terakhir beliau ialah ketua pegawai operasi MBI.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619