AGENSI

Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan hampir 60 peratus

23 Dis 2024, 8:00 AM
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan hampir 60 peratus
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan hampir 60 peratus

SHAH ALAM, 23 DIS: Proses perobohan Stadium Shah Alam mencapai kemajuan 56.8 peratus setakat minggu lalu, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurut Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop, fasa pertama membabitkan perobohan bangunan itu lancar dan lebih cepat berbanding yang dijadualkan, dengan pembinaan semula sekitar Mei tahun depan.

“Gerak kerja untuk menyediakan platform Stadium Shah Alam baharu sedang giat dijalankan, manakala struktur bangunan stadium lama kurang separuh yang masih berdiri,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_675095" align="alignleft" width="471"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato' Ts Saipolyazan M Yusop[/caption]

Projek pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029, dengan fasa pertama meliputi proses perobohan.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memberitahu suku pertama 2027 merangkumi pembangunan stadium, terminal bersepadu, plaza tempat letak kenderaan, kawasan rekreasi dan padang latihan.

Dato' Seri Amirudin berkata fasa kedua pula meliputi binaan bangunan teater tertutup, ruang niaga, sayap sukan serta sayap belia, yang dijangka bermula pertengahan 2027 hingga akhir 2029.

Menurutnya, pembinaan hotel pula dirancang dimulakan pada 2028 untuk fasa ketiga KSSA.

Lembaran Prospek Sdn Bhd, anak syarikat MRCB Land Sdn Bhd dilantik untuk melaksanakan kerja perobohan, sementara pembangunan KSSA melibatkan perjanjian berasingan.

Perobohan stadium yang menggunakan kaedah lazim atau konvensional tanpa bahan letupan itu bagi mengelak gangguan bunyi, habuk dan air terhadap penduduk.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619