AGENDA

Demam denggi meningkat kepada 3,969 kes minggu lalu, tiada kematian

7 Feb 2024, 9:15 AM
Demam denggi meningkat kepada 3,969 kes minggu lalu, tiada kematian

PUTRAJAYA, 7 FEB: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,969 kes pada Minggu Epidemiologi ke-05 (ME05) 2024 iaitu bagi tempoh 28 Jan 2024 hingga 3 Feb 2024 berbanding 3,781 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Dr Muhammad Radzi berkata terdapat sembilan kematian kumulatif akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan hingga ME05 berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama pada 2023.

Dari segi bilangan lokaliti kawasan panas tumpuan, beliau berkata jumlahnya meningkat kepada 180 berbanding 148 pada minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor 143 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (20), Negeri Sembilan (tujuh), Perak (empat), Pulau Pinang (tiga) dan masing-masing satu lokaliti di Pahang, Sabah dan Sarawak.

Bagi pengawasan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME05 dengan jumlah kumulatif kes berkenaan sehingga kini adalah tiga kes.

“Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada ME05. Bagi pengawasan zika, sebanyak 210 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619