AGENDA

Mayat lelaki disyaki warga asing ditemui terapung di Taman Tasik Shah Alam

7 Feb 2024, 7:57 AM
Mayat lelaki disyaki warga asing ditemui terapung di Taman Tasik Shah Alam

SHAH ALAM, 7 FEB: Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 8.19 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG pada bahu sebelah kiri.

“Pemeriksaan oleh pihak Forensik Selangor ke atas badan si mati mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.

"Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya.

Mohd Iqbal berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat esok pagi bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai penyiasat Insp Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619