BERITA UTAMA

Rumah kampung yang layak dikecuali cukai mulai 2024

2 Feb 2024, 9:13 AM
Rumah kampung yang layak dikecuali cukai mulai 2024

SHAH ALAM, 2 FEB: Pemilik kediaman kampung yang memerlukan dan berpendapatan sederhana akan terus menikmati pengecualian cukai taksiran tahun ini daripada Kerajaan Negeri.

Bagi memastikan program lancar, proses itu jelas EXCO kerajaan tempatan akan dimulakan dengan

pengeluaran bil secara fizikal akhir bulan ini oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut Dato' Ng Suee Lim, pemilik yang menepati syarat kelayakan boleh memohon mulai 1 Mac hingga 31 Mei ini dan setiap keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 September 2024.

"Kerajaan Negeri komited untuk terus memberikan bantuan kepada pemilik kedi aman kampung serta beberapa langkah baharu tahun ini bagi meningkatkan kemudahan.

"(Selain) kualiti fasiliti di persekitaran kampung sebagai usaha memelihara nilai dan makna kampung-kampung di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarat kelayakan seperti berikut:

• Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor

• Pemilik berdaftar kediaman kampung di Selangor

• Keluasan rumah kampung 2,000 kaki persegi dan ke bawah

• Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

• Pemohon layak untuk satu akaun atau satu rumah sahaja

Beliau menambah pusat khidmat masyarakat juga bersedia membantu mempercepat dan menyempurnakan proses permohonan yang akan dibuat secara dalam talian dan fizikal.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata hampir 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri dibantu tahun lalu melalui pengecualian cukai taksiran dengan kos RM11.551 juta.

"Sejak bermulanya usaha ini, seramai 745,790 unit diberikan pengecualian dengan peruntukan RM91.498 juta," katanya lagi.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619