AGENDA

Penganggur ditahan pukul isteri abai suruhan buat kerja rumah

31 Jan 2024, 9:41 AM
Penganggur ditahan pukul isteri abai suruhan buat kerja rumah

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.

“Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.

“Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat serta Seksyan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619