BERITA UTAMA

202 hektar sawah di Selangor 'tiru' kaedah penanaman Sekinchan

27 Jan 2024, 2:00 AM
202 hektar sawah di Selangor 'tiru' kaedah penanaman Sekinchan
202 hektar sawah di Selangor 'tiru' kaedah penanaman Sekinchan
202 hektar sawah di Selangor 'tiru' kaedah penanaman Sekinchan

SEKINCHAN, 27 JAN: Kira-kira 202 hektar tanah sawah di bahagian utara Selangor akan terlibat dengan penanaman menggunakan formula kejayaan penghasilan padi di Sekinchan sebagai usaha meningkatkan hasil pengeluaran beras tempatan.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim berkata penanaman di sekitar kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam itu merupakan langkah permulaan Kerajaan Negeri bagi menghasilkan makanan ruji negara yang berimpak tinggi.

Ng yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan serta EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail merangkap ADN Sungai Air Tawar sebelum ini ditugaskan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari untuk meneliti kaedah mengembangkan formula penanaman padi di Sekinchan ke lokaliti berkenaan.

Menurut Ng, beliau bersama-sama Rizam akan memilih beberapa kawasan di utara Selangor sebagai projek perintis kaedah penanaman padi ‘Ala Sekinchan’ sebelum diperluas ke seluruh negeri.

"Kita teroka beberapa kawasan di sini untuk dijadikan kawasan berkelompok, kita tidak akan ambil semua. Bagi permulaan, kita akan ambil 202 hektar dahulu," katanya kepada Bernama.

[caption id="attachment_465394" align="alignnone" width="753"] Ng Sze Han (tiga, kanan) bergambar bersama penduduk Bagan Sekinchan yang menerima geran tanah di pekan Sekinchan pada 23 Mac 2021. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI[/caption]

Selain penggunaan teknologi moden dan sistem saliran bersepadu, Ng berkata disiplin dan ketelitian petani juga menjadi faktor menjadikan Sekinchan muncul sebagai pengeluar hasil padi tertinggi serta berkualiti dalam negara, iaitu antara enam hingga 12 tan metrik sehektar bagi satu musim.

"Sikap petani itu sendiri sangat penting dalam menghasilkan padi yang berkualiti selain amalan 3T (tanam, tinggal dan tuai) memang tidak dipraktikkan di sini. Petani di sini berbilang bangsa, semua berjaya kerana ada disiplin," katanya.

Malah, katanya rata-rata pesawah menggunakan jentera penanam padi (transplanter) yang menjadikan proses penanaman lebih mudah, cepat dan teratur serta dapat mengelakkan daripada terjadinya padi angin selain penggunaan dron untuk membaja.

"Dari segi sistem saliran, bekalan air (di sini) lebih tersusun dan sempurna berbanding kawasan lain, itu kelebihan tempat ini yang ditinggalkan sejak zaman penjajahan British dahulu," katanya.

[caption id="attachment_564797" align="alignnone" width="742"] Galeri Padi Sekinchan. Foto TOURISM SELANGOR[/caption]

Berdasarkan data Perangkaan Agromakanan 2018 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Sekinchan mempelopori hasil padi tertinggi dalam negara apabila merekodkan 12 tan setiap hektar berbanding negeri lain sekitar empat tan.

Ng memaklumkan pesawah di Sekinchan juga berjaya menghasilkan benih padi berkualiti pada harga yang lebih tinggi.

"Padi kita benih yang sama (di seluruh negara) daripada Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia), cuma pesawah di sini menggunakan benih itu untuk ditanam dan dijadikan benih semula. Hasilnya lebih berkualiti dan harganya lebih tinggi sedikit," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619