AGENDA

PM kongsi pandangan konsep Madani dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait

26 Jan 2024, 3:40 PM
PM kongsi pandangan konsep Madani dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait
PM kongsi pandangan konsep Madani dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi pandangan dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait Syeikh Tareq Al-Suwaidan mengenai konsep Madani yang menekankan pendekatan berimbang dan komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan.

Perdana Menteri turut menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk menegakkan keadilan di bumi Palestin pada pertemuan itu.

Anwar berkata Syeikh Tareq berada di Malaysia untuk menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu khususnya dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.

"Saya turut menzahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Terima kasih jua atas doa dan harapan Syeikh Tareq terhadap Malaysia.

"Semoga Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan umat dan membantu mengukuhkan kerjasama antara cendekiawan Muslim di peringkat antarabangsa," kata beliau menerusi perkongsian di media sosial.

[caption id="attachment_625666" align="aligncenter" width="739"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat tokoh pemikir Islam dari Kuwait Syeikh Tareq Al-Suwaidan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 26 Januari 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619