ADN

ADN: Agihan baucar beli-belah ringankan beban sambut perayaan

25 Jan 2024, 6:00 AM
ADN: Agihan baucar beli-belah ringankan beban sambut perayaan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 JAN: Sebanyak 300 baucar beli-belah bernilai RM200 diagihkan kepada penduduk memerlukan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan sempena Tahun Baharu Cina.

Penyelaras DUN Halimey Abu Bakar menjelaskan baucar berkenaan membolehkan penerima membeli keperluan, sekali gus meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut perayaan itu.

“Penerima bantuan baucar sempena perayaan ini menghantar permohonan awal Januari dan mereka yang benar-benar layak telah menerima insentif ini.

“Kita agihkan 300 daripada 400 baucar yang disediakan Kerajaan Negeri, manakala baki belum dituntut mereka yang layak," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, Halimey memberitahu sebanyak 700 baucar beli-belah bagi peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diagihkan kepada penduduk sepanjang bulan ini.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya tidak terburu-buru menuntut baucar berkenaan berikutan ia boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Kerajaan Negeri menyediakan 23,900 baucar beli-belah sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan peruntukan RM4.78 juta untuk diagihkan ke setiap DUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619