AGENDA

MB: Rumah ibadat terima subsidi, tidak terkesan kenaikan tarif air

25 Jan 2024, 2:47 AM
MB: Rumah ibadat terima subsidi, tidak terkesan kenaikan tarif air

GOMBAK, 25 JAN: Kerajaan Selangor mengeluarkan peruntukan tambahan untuk menyerap sebahagian tarif baharu air untuk penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) termasuk rumah ibadat.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah tersebut bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah dan rumah ibadat di negeri ini tidak terkesan dengan peningkatan tarif air.

"Untuk rumah ibadat, Kerajaan Negeri sudah sediakan peruntukan lebih awal antara RM1.8 juta hingga RM2 juta supaya kita dapat serap kenaikan. Ini kerana Kerajaan Negeri menyedari keperluan dan cabaran dihadapi rumah ibadat.

“Jadi rumah ibadat tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif kerana telah menerima subsidi yang ditanggung Kerajaan Negeri,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Thaipusam peringkat Selangor di Batu Caves malam tadi.

Pada 18 Januari, Dato' Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor menyerap sebahagian tarif baharu air dianggar RM40 juta setahun untuk penerima SADE selain rumah ibadat dan kebajikan.

Beliau menjelaskan lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma itu menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada RM13 bagi setiap isi rumah.

Menurutnya, pentadbiran negeri menampung peningkatan kos dari RM31.8 juta kepada RM37.3 juta setahun, manakala RM2 juta untuk rumah ibadat dan kebajikan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619