AGENDA

Daftar skim air percuma masih dibuka, ringan beban penduduk memerlukan

29 Okt 2024, 10:22 AM
Daftar skim air percuma masih dibuka, ringan beban penduduk memerlukan

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan Negeri masih membuka pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE) kepada penduduk berkelayakan hingga hujung tahun ini, maklum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurut beliau skim khusus kepada warganegara yang menetap atau menyewa di Selangor dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

“Rakyat Selangor yang layak boleh rujuk kriteria dan cara memohon di laman web Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Moga inisiatif ini dapat membantu rakyat yang benar-benar memerlukannya,” tulisnya di laman X.

Amirudin pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Air Selangor ke-5 Bersama Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves baru-baru ini berkata setakat ini 300,000 telah mendaftar.

Katanya, Kerajaan Negeri menganggarkan 600,000 akaun mendaftar untuk menikmati inisiatif skim air percuma 20 meter padu sebulan.

Bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri mengubah syarat kelayakan dengan menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.

Jun lalu, Air Selangor memaklumkan seramai 285,673 penerima manfaat SADE dengan kos lebih RM30 juta ditanggung oleh Kerajaan Selangor setiap tahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619