AGENDA

Kurang selia punca pegawai, anggota polis terlibat salah laku

23 Jan 2024, 12:11 PM
Kurang selia punca pegawai, anggota polis terlibat salah laku

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Masalah kurang penyeliaan terhadap pegawai dan anggota polis antara punca segelintir mereka terlibat dalam pelbagai salah laku, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata sekiranya masalah penyeliaan itu dapat diperkemaskan, berkemungkinan untuk pegawai dan anggota terjerumus melakukan perbuatan melanggar tatatertib dapat diatasi.

“Insya-Allah akan berkurangan, penyeliaan dan tindakan tanpa bertolak ansur itu penting dan ini yang dapat mengekang bakal-bakal pegawai dan anggota polis yang berniat untuk telribat dalam sebarang salah laku.

“Sebagai contoh, dua peratus polis terlibat salah laku manakala 98 peratus adalah okey. Walaupun sedikit jumlah peratusan (terlibat salah laku) tetapi mereka inilah yang mencemarkan imej PDRM (Polis Diraja Malaysia) keseluruhannya.

“Sekiranya ada bukti mencukupi, kami tangkap dan terus tuduh di mahkamah,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa anggota polis terlibat dengan pelbagai jenayah seperti memiliki ketum, merogol dan memeras ugut orang awam yang berlaku baru-baru ini.

Ayob Khan berkata PDRM tidak bertolak ansur dengan sebarang penglibatan pegawai dan anggota polis dalam sebarang salah laku.

Mengulas sama ada prosedur operasi standard (SOP) pengambilan pegawai dan anggota polis perlu diperkemaskan, beliau berkata SOP berkenaan telah lengkap dan tiada masalah.

“Mereka ini sebelum masuk polis memang okey, berkemungkinan tindakan semasa mereka masuk polis iaitu persekitaran dan terdapat dugaan besar akhirnya menyebabkan mereka terlibat salah laku,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619