BERITA UTAMA

Wakil rakyat bincang kaedah sesuai terangkan tarif baharu air

20 Jan 2024, 2:00 PM
Wakil rakyat bincang kaedah sesuai terangkan tarif baharu air
Wakil rakyat bincang kaedah sesuai terangkan tarif baharu air

SHAH ALAM, 20 JAN: Wakil rakyat termasuk ahli majlis negeri ini berbincang kaedah penerangan berkesan kepada rakyat berhubung tarif baharu air berkuat kuasa 1 Februari depan.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata isu lain yang dibincangkan dalam taklimat anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) termasuk berkaitan teknikal dan pengurusan air.

"Sesi taklimat ini bertujuan memberi pencerahan lebih lanjut berkenaan pelarasan tarif air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini," katanya di Facebook.

"Saya juga berkongsi cara Air Selangor menguruskan air terutama bagi menangani air tidak berhasil (NRW) yang berjaya dikurangkan daripada 33 peratus pada 2015 kepada 28 peratus tahun lalu."

Berlangsung di Hotel Mercure Glenmarie di sini hari ini, Ir Izham menambah Kerajaan Negeri juga akan menanggung peningkatan kos lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma.

[caption id="attachment_624620" align="alignright" width="387"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memberi penerangan dalam program taklimat pelarasan tarif air kepada ahli parlimen, ahli dewan negeri dan ahli majlis Selangor anjuran Air Selangor di Hotel Mercure Glenmarie, Shah Alam pada 20 Januari 2024. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]

Tambahan kepada itu, beliau menjelaskan, kenaikan kos bagi rumah ibadah dan kebajikan di negeri ini turut diserap pentadbiran negeri dengan anggaran sebanyak RM2 juta.

Semalam, Dato' Menteri Besar berkata tarif baharu air membantu usaha Air Selangor menggandakan kerja mengganti kelengkapan usang, sekali gus mengelak isu paip bocor atau pecah.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelarasan tersebut turut memudahkan syarikat pembekal air itu mengganti paip usang daripada 150km kepada 300km setahun mulai tahun ini.

Menjelaskan pelarasan itu pertama kali dalam 18 tahun, beliau berkata pembinaan loji rawatan baharu juga diperkukuh bagi meningkatkan margin rizab air kepada 20 peratus menjelang 2030.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619