ADN

Wakil rakyat agih RM100,000 baiki blok usang SMK Tinggi Kajang

20 Jan 2024, 7:55 AM
Wakil rakyat agih RM100,000 baiki blok usang SMK Tinggi Kajang

SHAH ALAM, 20 JAN: Ahli parlimen Bangi memperuntuk RM100,000 untuk membaik pulih sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang menerusi Projek Mesra Rakyat.

Syahredzan Johan menjelaskan blok itu yang memiliki empat kelas perlu dinaik taraf segera berikutan keadaannya yang semakin daif selain mengancam keselamatan pelajar.

Beliau berkata projek selenggara termasuk menggantikan gril dan siling berlubang, mengecat dan membaiki lantai serta dijangka boleh digunakan sepenuhnya minggu depan.

“Sekolah ini terkenal dan berusia lebih 100 tahun. Saya difahamkan blok ini tidak digunakan sejak empat tahun lalu kerana rosak dan pelajar ditempatkan ke kelas sementara," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah beberapa sekolah lagi bawah kawasannya akan menerima manfaat sama secara berperingkat bagi memastikan pelajar memiliki persekitaran kondusif.

“Bantuan naik taraf ini diagih sejak 2023. Hasrat saya hanya satu iaitu menumpukan perkara asas seperti sekolah kerana pendidikan penting untuk generasi akan datang,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619