BERITA UTAMA

Acara SUKMA Sarawak bertambah, kontinjen Selangor giat berlatih

6 Jan 2024, 1:00 PM
Acara SUKMA Sarawak bertambah, kontinjen Selangor giat berlatih
Acara SUKMA Sarawak bertambah, kontinjen Selangor giat berlatih

SUBANG JAYA, 6 JAN: Kerajaan Negeri giat melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada Ogos ini.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata kontinjen Selangor berdepan cabaran susulan tuan rumah menganjur 37 acara berbanding jumlah kebiasaan di temasya sebelum ini.

“Kita pastinya sedang jalankan program pembangunan atlet dan persediaan untuk SUKMA. Kali ini kita ada 37 acara dan sudah tentu ia beri cabaran kepada atlet kita.

“Sebelum ini di temasya lain hanya ada sekitar lebih 20 acara sahaja. Kita mahu siapkan kontinjen terbaik dan sasaran kita kalau boleh mahu jadi juara,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Agenda Public Speaking Workshop 2024 di Universiti Sunway di sini hari ini.

[caption id="attachment_535911" align="alignnone" width="892"] Atlet menembak Selangor Muhammad Syukri Zulkifli (baju merah) giat berlatih ketika tinjuauan Selangorkini pada 30 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Najwa memaklumkan Selangor menyasar kedudukan tiga teratas pada SUKMA ke-21 berdasar pemantauan dan penilaian prestasi atlet sepanjang tempoh persediaan.

Najwan menambah pihaknya juga bakal menyelaras dan muktamad pelantikan baharu Penggerak Belia Selangor (PeBS) dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pelantikan 228 ahli PeBS dibuat bagi menggerakkan polisi dan program untuk belia selain berperanan sebagai penghubung membentuk perpaduan dalam masyarakat.

“Pelantikan kali ini ada penambahbaikan, kita mahu pastikan proses pelantikan lebih kompiten, berdaya saing dan faham kehendak anak muda,” katanya.

PeBS dijenamakan dan disusun semula pada 2021 daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang mula diperkenalkan sejak 2009.

Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619