AGENDA

Seramai 48 mangsa bah di Kelantan, Pahang masih berlindung di PPS

3 Jan 2024, 2:05 AM
Seramai 48 mangsa bah di Kelantan, Pahang masih berlindung di PPS

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Kelantan, jumlah mangsa banjir kekal 26 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Pasir Mas.

Trend sama turut direkodkan di dua lokaliti di Pahang, dengan jumlah mangsa banjir kekal 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Maran, manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Temerloh.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Golok di Tanah Merah (Kelantan) dan Sungai Arau (Perlis).

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619