BERITA UTAMA

Yang dipertua MPK dilantik datuk bandar Klang

2 Jan 2024, 6:44 AM
Yang dipertua MPK dilantik datuk bandar Klang

SHAH ALAM, 2 JAN: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai datuk bandar pihak berkuasa tempatan itu berkuat kuasa hari ini.

Menerui Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, penyerahan surat pelantikan dan amanat itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Setia Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” maklumnya menerusi Facebook.

Untuk rekod, Noraini pernah berkhidmat sebagai datuk bandar di Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Beliau juga pernah menyandang jawatan yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor yang kini berstatus perbandaran dari 2011 hingga 2017.

Pemegang Sarjana Perancangan Wilayah dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat juga pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan perancangan bandar di MPK dari 1989 hingga 2010 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dari 2010 hingga 2011.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619