PBT

MPHS peruntuk hampir RM10 juta naik taraf kemudahan awam tahun depan

27 Dis 2023, 2:00 AM
MPHS peruntuk hampir RM10 juta naik taraf kemudahan awam tahun depan
MPHS peruntuk hampir RM10 juta naik taraf kemudahan awam tahun depan

HULU SELANGOR, 27 DIS: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memperuntuk hampir RM10 juta bagi projek pembangunan dan naik taraf prasarana awam tahun depan demi keselesaan penduduk.

Yang Dipertuanya Mohd Hasry Nor Mohd berkata jumlah itu adalah 10 peratus daripada keseluruhan kutipan hasil iaitu lebih RM96 juta yang dikutip sepanjang tahun ini.

“Kita akan gunakan 10 persen dari rizab jni untuk naik taraf kemudahan merangkumi dewan, jalan, longkang, pasar awam serta tandas.

“Kita mahu cukai dibayar penduduk dapat dikembalikan dengan memberi perkhidmatan lebih baik. Kita mahu sediakan kemudahan sebaiknya,” katanya.

[caption id="attachment_620686" align="aligncenter" width="793"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd bergambar bersama peserta selepas majlis minum petang sambutan Ulang Tahun ke-4 Tabung Endowmen MPHS di Fraser Valley, Hulu Selangor pada 26 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui ketika majlis minum petang sempena sambutan ulang tahun ke empat Tabung Endowmen MPHS di Fraser Valley, di sini semalam.

Pada November Dato’ Menteri Besar mahu semua pihak berkuasa tempatan menumpukan usaha menaik taraf kemudahan asas rakyat pada tahun depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PBT perlu menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada simpanan kewangan bagi tujuan tersebut sekali gus memberi keselesaan kepada orang ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619