AGENDA

Pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang berdepan tindakan penguatkuasaan

23 Dis 2023, 4:40 AM
Pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang berdepan tindakan penguatkuasaan

PUTRAJAYA, 23 DIS: Semua pemilik premis perniagaan di Kuala Lumpur diingatkan mematuhi segala peraturan khususnya melibatkan pekerja asing, yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau mengarahkan DBKL melakukan pemantauan berkala terhadap perkara itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin dapat dibanteras.

“Mereka (pemilik premis) perlu menggunakan saluran betul jika hendak mengambil pekerja asing dan perlu mengelak sama sekali menggaji pendatang tanpa izin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia yang menyerbu dan menangkap pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur dua hari lalu.

Dalam serbuan Khamis lalu, 1,101 warga asing kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan selepas hampir satu batalion pegawai dan anggota polis daripada PGA menyerbu Jalan Silang atau terkenal dengan jolokan "Mini Dhaka".

Operasi dilakukan susulan aduan orang awam yang rimas dengan perlakuan warga asing yang bertindak memonopoli premis perniagaan di kawasan itu dan bertindak besar kepala dengan penduduk tempatan, selain menjadikan kawasan itu seolah-olah perkampungan mereka.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619