ADN

Kurang risiko banjir, JPS Klang tambah pam, bina kunci air baharu

7 Dis 2023, 11:03 AM
Kurang risiko banjir, JPS Klang tambah pam, bina kunci air baharu
Kurang risiko banjir, JPS Klang tambah pam, bina kunci air baharu

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambah pam di pintu kunci air Sungai Pinang, Pelabuhan Klang sebagai langkah pencegahan banjir di Kampung Tradisi Pulau Indah.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang berkata JPS dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd juga memecahkan ban sementara bagi pembinaan kunci air baharu di perkampungan Orang Asli.

Azmizam Zaman Huri juga menjelaskan kontraktor ditugaskan mengorek dan mendalamkan sungai di muara bagi melancarkan aliran air daripada sistem perparitan kampung ke laut.

“Ini antara usaha bagi mengurangkan risiko banjir di Kampung Tradisi Pulau Indah rentetan hujan lebat malam tadi yang turun selama tiga jam hingga menghasilkan taburan hujan sebanyak 105 milimeter.

“Saya berterima kasih kepada JPS dan JPS Klang kerana berusaha bersama pejabat saya untuk mengatasi masalah banjir ini, termasuk Majlis Perbandaran Klang yang memantau sistem perparitan serta longkang di kawasan Pulau Indah,” katanya menerusi video di TikTok.

[caption id="attachment_617548" align="alignnone" width="840"] Wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri memantau keadaan terkini banjir kilat yang berlaku di Kampung Tradisi Pulau Indah pada 18 Januari 2023. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri[/caption]

Dalam pada itu, Azmizam menasihati penduduk Pelabuhan Klang khususnya Kampung Tradisi Pulau Indah supaya berwaspada dengan kemungkinan banjir susulan ramalan hujan lebat setiap hari.

“Saya berharap penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati kerana hujan lebat dijangka turun setiap hari serta kemungkinan untuk banjir itu ada.

“Langkah diambil JPS adalah untuk cuba mengatasi masalah banjir, tetapi semua orang kena bekerjasama untuk berwaspada. Sama-sama kita berdoa supaya dijauhkan daripada bencana banjir,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619