PBT

MPK rangkul dua anugerah bandar mampan, pintar

1 Dis 2023, 12:30 AM
MPK rangkul dua anugerah bandar mampan, pintar

SHAH ALAM, 1 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima anugerah atas kejayaan melengkapkan pelan hala tuju Matlamat Pembangunan Mampan sempena Forum Bandar Malaysia di Kuching, bulan lalu.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan menjelaskan anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengiktiraf kemajuan MPK terhadap inisiatif berkenaan.

"Penyediaan laporan SDG bagi mengukur pelaksanaan dan tindakan MPK dalam menterjemah agenda global untuk mengatasi isu tempatan dan menyelaraskan dasar tempatan, negeri dan kebangsaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak berkuasa tempatan terbabit turut menerima anugerah pelaksana awal bandar pintar oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya.

Jelasnya, MPK juga menerima dana khas inisiatif bandar pintar KPKT sebanyak RM200,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619