AGENDA

Cegah denggi, cacar monyet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

29 Nov 2023, 1:04 AM
Cegah denggi, cacar monyet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Langkah mengekang kes denggi yang semakin meningkat dan pencegahan jangkitan cacar monyet antara yang menjadi tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Menteri Kesihatan mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi pada sesi soal jawab.

Sabri Azit (PN-Jerai) pula bertanyakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia, tidak menular seperti virus COVID-19.

Dalam sesi sama, Zahari Kecik (PN-Jeli) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah proaktif kementerian itu bagi menjamin kebajikan pesara polis seluruh negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Selain itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanyakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai perancangan dalam mempertingkatkan bilangan usahawan serta bantuan untuk memajukan usahawan bumiputera.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 9 Okt lepas dijadual berakhir Khamis ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619