BERITA UTAMA

Sultan seru umat Islam ambil pengajaran konflik di Palestin

25 Nov 2023, 7:30 AM
Sultan seru umat Islam ambil pengajaran konflik di Palestin

SHAH ALAM, 25 NOV: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyeru umat Islam mengambil iktibar daripada konflik yang berlaku Palestin.

Titah Baginda itu seiring intipati khutbah Jumaat semalam mengenai pengajaran kepada umat Islam untuk melihat konflik berkenaan dengan mendalam dan memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

"Ibrah dan pengajaran utama atas pencerobohan yang berlaku di bumi Palestin ini adalah betapa perlunya umat Islam bersatu padu, bermuafakat dan saling membantu kerana perpaduan itu membawa kekuatan, kemajuan dan keberkatan kepada umat Islam.

"Antara ibrah pengajaran besar yang dapat dicontohi daripada tragedi yang menimpa rakyat Palestin adalah sikap mereka yang benar-benar bertawakal kepada Allah dan menyerahkan segala urusan negara serta hidup mereka kepada Allah," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Sultan Sharafuddin juga bertitah agar rakyat bersyukur atas keamanan yang dikecapi selama ini berbanding rakyat Palestin mengimpikan keamanan selain negara berdaulat.

"Kekuatan rohani rakyat Palestin menunjukkan ketahanan yang luar biasa dalam menghadapi tentangan dan kesulitan serangan musuh yang bertali arus," titah Baginda.

Baginda turut menyeru umat Islam menghulurkan bantuan daripada segi tenaga, idea, wang ringgit serta doa berterusan agar rakyat Palestin mengecapi kemenangan dan kemerdekaan dari cengkaman Zionis-Israel.

"Baginda juga mahu umat Islam menyebarluaskan berita kekejaman Zionis-Israel di media sosial dan menentang dakyah dan berita palsu disebarkan media pro-Israel yang menyembunyikan kebenaran di samping membaca Qunut Nazilah pada setiap solat fardu."

Sejumlah 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan kelmarin iaitu 24 tebusan Hamas, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619