BERITA UTAMA

Selangor pertimbang khidmat bas percuma ke kawasan pelancongan

24 Nov 2023, 1:00 AM
Selangor pertimbang khidmat bas percuma ke kawasan pelancongan

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri akan mempertimbang cadangan berhubung perkhidmatan Bas Smart Selangor digunakan sebagai pengangkutan ke kawasan pelancongan.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata ini kerana, kemudahan bas percuma itu hanya dibenar memasuki laluan yang telah ditentukan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Bas Smart Selangor disediakan hanyalah untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui bas sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAD.

"Bagaimanapun, selain daripada perkara berkaitan laluan, Kerajaan Negeri mengambil maklum keperluan untuk meningkatkan pelancong ke Selangor," katanya penggulungan usul bajet peruntukan pembangunan 2024 di Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Sze Han yang juga EXCO pelaburan berkata Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Pameran Udara Selangor (SAS) dilaksana untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Kita bukan sahaja bangun dan perkasa PKS supaya dapat masuk ke rangkaian bekalan industri berteknologi tinggi tetapi mengembangkan sayap selaras dengan dasar ditetapkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

"Secara dasarnya, Selangor sudah mempunyai asas kukuh daripada segi bilangan sektor industri, pemain industri dan inventori syarikat-syarikat yang terus ditambah nilai supaya sama-sama merancakkan ekonomi negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619